Tuesday, September 13, 2011

Ya Allah engkau bantulah hambamu yang lemah ini.

Agaknya faktor usia jugak kot,otak dah berkarat kata orang...memang susah sikit ilmu nak melekat,tapi tu semua alasan kot...godaan syaitan ,macam-macam dicucuknya bila niat umat adam nak melakukan perkara baik.Dulu ok jer,tapi sekarang entah ler nak menghafal 30 ayat pun susah bebenor,ingat yang pangkal yang hujung lak lupa,ingat yang hujung yang pangkal entah kemana.begitu la aku...cuba-cuba nak hafal ayat-ayat penawar.Last-last aku google je kat internet cari-cari kaedah mudah untuk hafalan,dibawah ini aku copy and paste balik beberapa kaedah petikan dari http://www.alfurqanonline.net

PERSEDIAN UNTUK MENGHAFAL
1. Membersihkan diri dari segala hadas.
2. Memakai wangi-wangian.
3. Bersugi atau memberus gigi.
4. Berwudhuk.
5. Memilih mushaf yang biasa digunakan seharian.
  • Pastikan tulisan mudah dibaca.
  • Sebaiknya menggunakan mushaf rasm uthmani.
6. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafaz Al Quran.
7. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz Al Quran. Waktu yang
dicadangkan:
  •  Selepas subuh. 
  • Selepas maghrib.
8. Pilih guru yang ingin anda perdengarkan bacaan dan hafalan anda.
9. Perbetulkan niat untuk menghafal Al Quran.

CARA MENGHAFAZ :
1. Tentukan had bilangan ayat atau mukasurat yang hendak dihafal.
2. Bacalah ayat yang hendak dihafal. Pastikan bacaan tersebut betul dari segi
tajwid dan sebutan.
3. Ulang bacaan dengan disemak bacaan tersebut supaya tidak ada kesilapan
setiap kali ianya diulang.
  • Bilangan ulangan ayat yang dicadangkan adalah sebanyak 60 / 30 / 10 / dan lain-lain bersandarkan kepada kemampuan ingatan seseorang.
  • Semakin banyak ayat diulang semakin mudah ianya dihafal dan kekal lebih lama dalam ingatan.
4. Sebaik sahaja selesai ulangan bacaan tersebut dan anda berpuashati dengan
bacaan tersebut, mulakan dengan mengulang ayat yang pertama yang ingin
dihafal sehinggalah berjaya menghafal ayat tersebut.
5. Kemudian berpindahlah ke ayat yang kedua. Ulang langkah yang sebelumnya
sehingga selesai hafalan ayat yang ketiga.
6. Ulang hafalan ayat satu kemudian diiukuti ayat yang kedua.
7. Selepas anda yakin ayat satu dan dua telah dihafal dengan hafalan yang
sempurna mulakan hafalan dengan diulang langkah yang digunakan pada
ayat yang pertama dan ayat yang kedua. Kemudian susuli dengan urutan ayat
satu dua dan tiga dihafal serentak.
8. Ayat yang berikutnya juga dilakukan langkah seperti ayat satu dua dan tiga
sehinggalah sampai ke had yang telah ditetapkan ( cth : 1 ms / 1 ‘ain ).
9. Ulanglah keseluruhan hafalan sehinggalah benar-benar yakin hafalan
tersebut sempurna.
10. Perdengarkan bacaan kepada guru atau kawan yang dipilih.

Selamat beramal buat semua.